Sunday, 23 December 2012

Benci benci Suka :)

Hi , Assalamualaikum.

Today ? Em , ekceli aku update blog ni pun sebab terbaca blog orang tadi. Lepas tu baru teringat yang blog aku sendiri dah lama tak update. Berhabuk terok jugak ni. So tadi buat 5S sat bagi elok balik. 5S tu apa ? Haa , pi tanya Mr Google okay ? Masa tengah goreng nugget tadi teringat pulak pasal lelaki yang pernah bagi surat dan rantai kat aku. Not surat berantai okay. Masa goreng nugget jugak la nak dapat ilham. Lain kali nak update blog kena goreng nugget kot baru dapat idea. Haha. Stop pasal nugget -_-  Ahemm , the story starts from here.


Dia ni seorang lelaki. Em agak cute dan rendah dari aku. Aku kenal dia pun sebab masa buat keja 5S tu. Masa naik tangga dia tengah cat diding dekat blok opposite aku. Masa tu dia cat bilik PBSM sambil nyanyi lagu Alif Satar yang baby baby tu. Apatah tajuk dia. Dia nyanyi kuat kuat so aku pandang la dia semacam kan. Dia perasan aku pandang dia dan dia kuatkan lagi volume suara dia part ni "Oh baby baby jangan kau marah ". Nasib la suara sedap. Haha. Masa dah jalan ke depan sikit aku gelak gelak je la. Lepastu masa minggu balik aku online. Masa online aku update status ni

 
   Oh , dia lah yang cat dinding sambil nyanyi lagu alif satar tu.

Tetiba ada orang comment. Tak perasan pulak yang comment tu dia. Malu la jugak kan. Aku sendiri pun tak perasan yang dia add aku. Hahaha. Masa kat comment tu semua benda yang dia tanya aku jawab "ENTAH". Kesian kat dia. Lepastu asyik lawan berbalas balas status. Dari status melarat ke IM. Dari situ aku tak suka kat dia sebab pergaduhan. Then after lama lama tu entah la macamana kami berbaik. Kalau terserempak senyum pun tak apa pun tak. Lepas selisih baru nak pandang. Gitu lah kalau jumpa.


Dekat facebook , dia wish aku lewat sehari masa birthday aku. Its okay , tak kisah. Masa dari kami chat tu la aku start melawak mintak hadiah kat dia. Masa tu mintak main main je. Dia cakap dia nak bagi NIPS masa kat sekolah. Aku cakap la ala NIPS tu kalau makan keluar balik la ? Anything else ? Dia tanya aku nak apa , aku cakap apa pun takpa asalkan ikhlas di hatiiiiiii. Haha kejamnya mintak over over. Setelah sekian lama kami chatting aku cakap la , yang pasal tadi tu aku memain ja. Cukup sekadar melawak lawak. Dah wish pun dah rasa cukup sebab orang ingat kat kita kan. Hmm , our conversation just end up like that.


Lepas seminggu macam tu , masa kat dalam dorm. Kak senior aku datang bagi pencil box hitam orange kat aku. Dia cakap ada orang suruh bagi tapi taktau sapa. Agak pelik la masa tu kan , takkan la taktau sapa bagi. Haha , lepas dapat tu teros lari pi belakang locker bukak. Ce teka ada apa kat dalam tu ? Ada something yang dibalut dengan kertas. Then dengan rasa cuak aku pun bukak pelan pelan. Ada Kitkat dengan rantai. Hampir hampir je aku buang kertas yang dibalut tu tapi tak buang lagi la. Bukak bukak surat. Isi kandungan biar aku je la yang tahu ye. Hehe. Masa nak dekat SPM aku bagi kat dia pen yang ada lekat nama aku. Kenangan lah konon. Passing passing guna senior je. Aku selitkan sekali surat yang aku tulis kata kata semangat kat dia.  Haa , tu la apa yang aku rasa nak post untuk hari ni. Kalau tak menarik post ni pun biar la. Tak kacau korang pun :P Dadaaaa semua! *lambai lambai tangan sambil kenyit kenyit mata.




Surat & Rantai


Note : Orang yang kita tak suka tu la akan baik dengan kita tanpa kita sedari :)

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ShazaKhairunnisa