Wednesday, 5 December 2012

First Step

Assalamualaikum.

Pagi yang dimulakan dengan leteran ibu sebab dia cari seluar keje tak jumpa. Tengah tidur dekat rumah tok dan tetiba ibu jerit panggil balik suruh cari seluar dia. Hah , padan muka aku semalam ubah seluar dia pastu tak ingat pegi letak kat tempat lain. Nasib baik jumpa. Lepas tu ibu pesan suruh prepare untuk pegi kelas ceramah nak ambik lesen tu. Dia remind semua and she left some money dan terus pegi keja dengan ayah. Aku pun jalan lah lah terkedek kedek macam ayam pulang senja kan masuk shower tu. Yelah , takot lewat karang Uncle tu tinggal aku. Aku pun siap la cepat cepat kan. Makan pun cepat cepat. Bakal suami tengok mesti tak jadi nak ambik aku buat bini. Haha.Okay sambung , lepas settle semua aku pun tunggu la kat station bus kat rumah tu. Masa tengah jalan tu , nampak la dua mat indon duk borak borak kat situ. Adusss ! Aku pulak sorang sorang perempuan kat situ. What to do , terpaksa la jugak tunggu. Aku pun ambik tempat paling hujung sekali kat seat tu. Kalau boleh hujung sampai kan nak terjatuh dari seat. Tunggu punya tunggu bukan aku yang lambat tapi Uncle tu yang lambat. Haish.


Dalam kereta tu ada aku dengan satu chinese girl ni. Aku senyum je kat dia masa masuk kereta. Yela aku kan peramah*pfftt. Masa Uncle tu drive tetiba dia masuk kat selekoh lain. Heran la aku sebab jalan nak pi jambatan bukan lalu kat situ. Rupanya dia nak ambik orang lain. Lepas tu , dia stop kat area perumahan kat situ dan kami kena tunggu la yang lagi sorang tu. Satu laki cina ni datang la nak naik sekali. Masa dia masuk kereta tu aku rasa macam hidung aku rosak teros dan aku terpaksa bernafas guna mulut. Whyyyyy ? Ya Allah , dia tak mandi rupanya. Bau macam setahun tak sentuh air. Tahan la aku sampai ke tempat lesen tuuu. Dah sampai sana kena beratur panjang pulak nak daftar. 1 kilometer panjang dia*tipu. Panjang tak ? SEJAM LIMA BELAS MINIT aku kena berdiri semata mata nak daftar je. Punya la ramai sampai macam tu sekali. Setelah menagamalkan sifat sabar , Akhirnyaaaa ! Sampai jugak turn aku. Jyeah. Seronok seronok. Lepas dah daftar semua masuk kelas macam biasa la kan. Dah dengar semua yang patut aku dengar aku pun pegi la rehat. Masa rehat tu jumpa Fany , kawan satu team masa pegi kem kebangsaan dengan dia. Kami sempat la borak borak pasal exam , next year nak buat apa , macam macam lah.


Then , continue untuk second session. Kali ni tak bosan sebab cikgu india agak kelakar. Lawak je bila dia cakap Melayu Penang. Tergelak terbahak bahak sampai terkeluar anak tekak student kat situ. Dia bagi soalan bocor sikit sikir suruh kami balik baca untuk computer test. Dia cakap gini " Kalau you all tak dapat 42 and above, GAGAL. Kalau dapat 41 pun peiiiii ". Haha. Macam apa je asyik duk ulang ayat tu. Lepas dah selesai second session dia suruh beratur macam keretapi tu. Chuuu chuuuu~ Haha. Dia suruh jalan dalam barisan pegi main office ambik IC. Dengan lurus bendulnya semua pun ikut. Everything settle. Balik pulak dengan van agency lain. Elok je aku tengok dari luar tapi bila Uncle van tu drive , masa stop kat traffic light Autocity tiba tiba enjin. Hah ! Ingat kan dah nak sangkut kat tengah tengah jalan besar tu dah nasib baik boleh start balik. Aku dah mengantuk plus seharian kat situ terlelap kejap. Tetiba terjaga sebab rasa macam enjin mati lagi sekali. Memang betul pun , van tu sangkut kat Greenlane pulak sampai kena hon baru boleh start. Macam macam betul. From Greenlane pulak naik kancil yang aku naik pagi tadi sampai rumah. Kesimpulannya, hari ni macam benda lawak jadi dan hari ni jugak hari yang aku rasa paling penat dalam time cuti sekolah ni. Apa apa pun , aku seronok ;) Adiosss !






Note : Walau apa pun jadi kat kita , kita kena hadapi dengan penuh tenang walaupun letih.


Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ShazaKhairunnisa