Sunday, 30 December 2012

Sehari bersama Erni

Hi dan Assalamualaikum ,

Hari ni nak post pasal cerita yang dah berkulat lah. Sorry lambat post entry. Busy memanjang je sejak nak bukak sekolah ni. So kena well prepared la jugak padahal tak study pun. I mean prepare dari segi barang barang yang nak dibawa balik ke asrama. Macam nak pindah rumah tak balik dah aku tengok barang barang aku sendiri. Berkotak kotak. Okay entri pasal hari ekceli bukan pasal barang asrama pun tapi pasal aku keluar dengan Erni haritu. Apasal yang aku karang pasal barang barang asrama sampai 1 paragraph ? Apapa saja. Having a great day with Erni Marliyana last week.

Masa nak keluar tokwan yang tolong hantar. Baik nye tokwan hantar aku sampai sekolah. Kenapa sampai sekolah ? Yela kena ambik sijil PMR yang dah setahun aku tinggal dekat sekolah convent tu. Rasa macam aku pulak yang pi ambik result PMR betul2 padahal sijil je. Masa nak ambik tu baik je angin kerani tu tetiba lepas aku sain dia tukar angin. Angin monsun barat daya kah ? Okay okay stop. Masa elok je langkah kaki keluar dari pejabat sekolah Erni hantar text tanya aku kat mana. Memang elok sangat la masa tu pun aku dah nak jalan pegi Gurney Plaza. Sekentut je dari sekolah tu ken. Erni cakap dia tunggu aku depan British India , so aku ni dari hujung kena la jalan pegi kat dia ke hujung. At last I found her standing alone in front of the shop. Kesian kawan aku tunggu sensorang kat situ. Ada orang ngorat tak ? Hahaha.

From there we start our journey finding my new purse. Alah kat Fourskin je. Suka pulak aku dekat purse warna merah tu. Jalan punya jalan tak jumpa jumpa jugak kedai sebab ralit story mory. Akhirnyaaa ! Jumpa jugak. Dengan semangat dan harapan tinggi menggunung purse tu ada aku pun masuk la.*bakunya. Bila pandang je kat tempat purse tu tinggal PINK ja. Sobsob. Kecewa tahap kura kura tau tak purse tu dah habis. Takpa la , nak buat macamana dah takdak rezeki kan. Erni ajak aku pegi makan so kami turun bawah pegi Food Court memandangkan dia taknak makan benda lain macam roti kah apakah kan. Pusing satu food court tu at last we ate Char Koay Teow and Neslo ice. Erni pilih menu yang sama macam aku. Teheee.


Lepas dah kenyang kenyang makan kami plan nak menunanikan fardhu Zohor. Masa on the way ke car park aku terserempak dengan June , Junjun , Fawah and Natrah. Sembang sikit dan plan untuk jumpa kat Kiwi Berry masa lepas solat. Yeah , masa jalan kat car park tu Erni kata

Aku suka tengok car park dia. Lawa , ada lampu. Kalau hijau kosong kalau merah ada kereta. Senang macam ni.

Apa la dia duk merapu masa ni pun taktau la kan. Aku gelak gelak je. Selesai tunaikan tanggungjawab kami turun bawah jumpa June and the Gang. Since sebab dah terlalu lama tak jumpa dengan June kami jalan jalan sat. Erni selalu bisik kat aku yang dia segan dengan kawan kawan aku. Kalau aku aku jadi dia pun aku akan cakap benda yang sama. Berhenti kat kedai RM5 , aku dengan Erni beli satu kotak ni. Fungsi dia nak simpan secret stuff la konon. Haha. Macam bebudak bila pikir balik. Tak kisah la. Dah selesai jenjalan kami mintak diri dari June. Sepanjang jalan dengan June , aku dengan Erni asyik gelak je memanjang. Yela , June is always June , sentiasa dengan perangai lawak dia tu. Sedih jugak masa balik tu sebab tak sempat nak bergambar dengan semua. Tahun depan kan masing masing dah busy dengan SPM. So kali ni  je la nak seronok pun. Lepas mintak diri aku dengan Erni pun balik laa. Kami jalan sekali ke bus stop sebab bus stop agak jauh so jalan je la. Dari situ kami pun balik la ke rumah masing. Actually banyak lagi yang aku teringin nak bagitau tapi aku tengok dah macam terlalu panjang. So i'll stop my words till here. Byeeee :)


ni je gambar yang paling sempat pun :)
Ni la Secret Box tu. Teddy bear SDN BHD okay !

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ShazaKhairunnisa