Monday, 3 December 2012

Terima

Assalamualaikum.


Version blog baru kali macam seriuos je kan ? Tak fun lah macam ni. Haha. Yelaa , kita tengah sedih ni. Blog pun mesti lah mood sedih sedih jugak. Eh , sedih ke ?Okay mari mulakan post. Kita ni manusia kena lah terima apa apa je yang Tuhan bagi dekat kita seadanya. Aku tak pelik kalau certain people merungut dengan apa yang dorang ada or dapat. Lumrah hidup seorang manusia tambah tambah remaja macam aku. Mesti ada je benda yang kita nak merungut kan dari segi keperluan , friendship and others lah kan. Kenapa aku guna bahasa rojak ? Sorry you allssss =,=. Okay sambung , salah satu contoh yang paling banyak kita rasa dan merungut ialah hubungan persahabatan or couple what the ever tu. Ada je benda yang buat kita selalu merungut pasal orang kan. Sometimes, kita kena belajar terima dengan sikap yang ada dekat kawan kawan or bf/gf kita yang mungkin agak tidak menyenangkan. Tapi bukan kita je kena terima. Yang lain pun perlu belajar terima kita seadanya. Kalau dorang tak boleh terima sama la macam dorang duk kata belakang kat kita. Semua orang tak pernah lari sari mengata kat orang lain even sekecil kecil perkataan. Kan ?
Dalam hubungan ni , kita mesti kena cuba jaga hubungan tu supaya tak rosak kan ? Tapi kita tak boleh nak mengharapkan sorang je yang jaga. Yang sorang lagi ? Buat macam takada apa apa. Kalau buat macam ni semua orang tak tahan. Sapa yang nak ye tak ? One more , kita kena la tanya kawan or bf/gf kita dulu sebelum nak tuduh dia apa apa. Kalau cakap melulu tu lah boleh buat relationship tu rosak. Bukan terus serbu kata kat dia itu lah ini lah. Jangan pernah buat macam tu. At least tanya lah kat diri tuan dia sama ada betul ke tak. Kalau ada rasa ragu ragu tu cuba buang jauh jauh. Sikap kacang lupa kat kulit. Benda ni selalu jadi kat dalam life sapa sapa pun lah. Masa kita gembira kita lupa habis kat dia. Text pun tak , call pun tak , apa pun tak. Masa susah mula la nak tegur dan bercerita semua hal. Kalau kita buat macam tu sekali takpa lah kot. Kalau berkali kali ? Apa orang akan fikir pasal attitude kita ? Masa kita susah pada masa akan datang tu lah orang takkan tolong kita. Lepas tu jangan nak mengharap yang baik baik lah dari orang. Kita buat baik orang balas lah yang dan kita buat buruk orang balas balik yang buruk.
So kesimpulan dia dalam hidup ni ada hukum karma. Apa yang kita bagi or buat kita dapat balik. Kalau bukan kat dunia mungkin dekat sana. Kan ? Hargai lah orang yang sayang dan jaga kita. Kalau boleh , kita kena beralah supaya hubungan tu okay. Cuba terima others seadanya dan jaga baik baik orang yang sayang dan jaga kita sekarang ;) Itu je kot untuk post kali ni. Macam boring je aku baca. Haha.
Note : People will hate you, rate you ,shake you and break you. But how strong you stand is what makes you. 






Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ShazaKhairunnisa